Penafian


Penafian.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan & kerosakan data terhadap komputer dan peralatan media elektronik anda akibat penggunaan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami.

Sesetengah produk dan perkhidmatan tiada jaminan wang akan dikembalikan bergantung kepada kesesuaian produk dan perkhidmatan. Namun begitu, di pihak kami sedia untuk menimbangkan pengembalian wang terhadap sesuatu produk serta perkhidmatan sekiranya ada sebab yang sewajarnya.

Selain daripada itu, pihak kami berhak menimbangkan sama ada untuk mengembalikan wang pembelian terhadap produk serta perkhidmatan kami atau menukarkan produk atau perkhidmatan yang telah dibeli/disewa/dilanggan/dibida kepada produk atau perkhidmatan lain sama ada melalui pilihan kami sendiri atau pilihan anda.

Pihak kami berhak menentukan kadar harga produk & perkhidmatan kami kepada prospek pelanggan kami memandangkan produk serta perkhidmatan kami tidak terikat dengan dengan Akta Harga Barang Kawalan Malaysia atau Akta/Enakmen/Ordinan sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa yang seangkatan dengannya.

Pihak kami juga berhak menarik balik promosi terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan sekiranya dirasakan amat perlu tanpa perlu memberi sebarang notis/makluman kepada prospek pelanggan kami.

Dengan pembelian/penyewaan/pembidaan/langganan produk serta perkhidmatan kami, anda tersekat oleh persyaratan-persyaratan di atas.

Jutaan Terima Kasih.

0 ulasan: